Bila Neuron berkembang

Banner created with MyBannerMaker.com

Teman Seperjuangan

Sunday, February 6, 2011

Pertandingan: Apa Itu Kitar Semula?

Assalamualaikum
Salam setia kepada sahabat blogger. Sebelum den menyepikan diri semula untuk bertapa di Gunung Semanggol untuk bermeditasi. Den nak menyertai contest@pertandingan anjuran belia gedungrasa. Kontest ni untuk kita mengenali dan menghargai alam sekitar untuk diwariskan kepada generasi akan datang. Dah macam menulis komsas bahasa melayu pulak ayat nih! Setelah berhari-hari mencari idea akhirnya terhasil lah ia..



Ok kite seteright to the point lah. Untuk pengetahuan semua pembloggers. Alam sekitar teramatlah penting untuk dipelihara supaya tidak berlakunya kesan "Rumah Hijau" atau "Global Warming" akibat pelepasan gas Karbon Dioksida kelapisan ozon. Oleh itu, amat penting kita sebagai makhluk yang berakal dan sihat mentalnya memelihara alam sekitar dan sebagai contohnya mengamalkan tabiat "Kitar Semula"dengan mengamalkan konsep 3R "Recycle,Reuse, Reduce".

Kitar semula didefinasikan sebagai amalan menguna pakai semula bahan-bahan yang boleh diguna pakai seperti kertas, plastik, pakaian, tin aluminium dan banyak lagi.  Bahan-bahan tersebut boleh dikitar semula untuk mengurangkan penggunaan bahan mentah, tenaga kerja, pencemaran dan penambahan sisa pepejal di tapak pelupusan sampah.


Sanitary Landfill, Seelong Johor

Menurut kajian pada tahun 2005, 18000tan sampah dalam sehari mampu memenuhi KLCC dalam masa 8hari sahaja. Gambar diatas ialah tapak pelupusan sampah di Johor dekat dengan kawasan kampung Mawi, Felda Taib Andak, artis AF tu.. Tapi jangan risau kampung dia tak ada bau sampah sebab kawasan itu telah dirancang pembinaannya untuk mengelak konflik pada masa hadapan. Ini kerana untuk membina kawasan ini perlu disediakan "Buffer Zone" dimana sekeliling tapak ni ditanam pokok-pokok untuk mengurangkan tiupan angin yang berbau harum, penyemburan "deodorant" mengurangkan pembiakan vektor dan bau dan rawatan ayaq "leachate" yang berwarna hitam pekat seperti kopi kaww!. Nak tahu apa tu ayaq leachate?


Raw Leachate dari Tapak pelupusan

Kalau perasan atau pernah mengalami pengalaman mengasyikan ketika ikut belakang lori Alam Flora, SWM koghang perasan tak air yang meleleh baik punya dari lori tu. Tu lah air dia, peghhh kalu jatuh atas jalan sikit punya harum bau dia. Tapi jangan salahkan dieoghang 100% sebab tumpahkan air tu atas jalan, itu semua sikap kita yang kurang cekap dalam pengurusan sisa sehingga terhasil air harum tu. Untuk pengetahuan koghang negara kita antara penghasil air leachate yang tinggi disebabkan faktor iklim dan sikap pengurusan kita. Oleh itu, mereka perlu treat air tu sebelum discharge ke sungai agar mencapai standard B. Menggunakan 2 kaedah iaitu konvensional dan Reverse Osmosis (DTRO)

kolam air yang telah dirawat sebelum discharge. Nampak jek hitam lagi tapi jangan risau.OK! (kaedah konvensional)

leachate telah dirawat mencapai Stndard A (kaedah DTRO)

Untuk mengatasi masalah-masalah tersebut kita haruslah memupuk tabiat kitar semula tak kira lah di sekolah,rumah, institut pengajian ataupun di temapt kerja untuk mengatasi masalah tersebut. Antara amalan yang boleh diamalkan seperti:
  • Menggunakan beg kain ataupun bakul sewaktu pergi pasar tani,pasar malam Mydin, Giant, Tesco dsb.
  • Kurangkan penggunaan polistrin, plastik dalam pembungkusan, gantikan dengan beg atau pembalut kertas.
  • Gunakan troli supaya senang angkut barang-barang terus ke kenderaan. Tak perlu guna plastik!
  • Sokong inisiatif sopin2 guna beg plastik leh kitar semula seperti mydin, tesco or giant.
  • Kalau kertas leh guna lagi pakai untuk buat contiang2, drafting papar dsb.
  • Tanam minat kitar semula sebab benda2 ni boleh buat duit, pergi jek mana-mana recycle centre. Anda mesti minat dengan duitkan?
  • Yang paling penting!! Jgn pandang lekeh dekat brader2 yang bergayut kt belakng lori tu sebab dieoghang lagi pandai cari duit dengan barang-barang kitar semula dan uncle@pakcik2 yang selalu korek tong sampah tu. Sebab kerja tu lagi mulia dari pergi menyamun dan meragut.
  • Buang perasaan yang tak boleh di kitar semula tu, iaitu "perasaan malu" pedulikan apa oghang nak kata sebab kita tengah buat keja baik
Ok sampai disini sahaja info-info yang ingin dikongsi dan boleh diamalkan oleh kita untuk pulihara alam sekitar supaya kita boleh hidup dengan sihat dan tersenyum :) bukan menangis :,( . Selamat mencuba dan selamat beramal!!

p/s: join pertandingan dulu sebelum menyepi buat seketika!!Sebab nak balik rumah kedua!! Gud Bey Bloggers!! 



  

Thursday, February 3, 2011

Burung ape??

Assalamualaikum


dedicated to Mr. Google

Salam terhormat kepada semua bloggers. Hari ini dan ketika ini den ada satu ceghito nak kata lawak, tak tau leq lawak atau tidak. Nak kato berunsur tuttt  bergantung kepada pendapat dan caro pemikiran individu. Ini kisahnya yang diceghitokan dari sahabat den kepada den malam semalam sewaktu duk sembang kat kedai kopi mcm oghang2 zaman retro sambil dengar artis yang perasan AF berkarok. Mari kita baco, kalau adalah yang sanggup teruskan pembacaan ni..Al-kisahnya begini.................

Once upon a time, seoghang peminat burung telah pergi ke sebuah kedai burung yang bernama Ah Paht's Bird Store.Begini perbualannya:
Cipot: Alo apek mau kasi tanya sini burung arr, mana paling sedap suara dia. Saya mau buat tuk pikat bulung lah!
Ah Paht: Oooo..mau kasi cari itu bulung suara sedap mcm itu Siti ka!! Sini macam-macam ada maa. Kasi tengok dulo..Lai,lai.

Setelah diimbas dan diteliti dengan penuh khusyuk dan tekun nya..

Cipot: Apek wa banyak minat ini bulung lar..berapa harga?
Ah Paht: Ini bulung RM1500.Apa tunggu lagi kasi angkat sikalang..Ini bulung suara mcm itu altis Superman!apa nama?
Cipot: Oooo..Faizal Tahir...Haiiyaaa apek  manyak mahal lah...tak boleh kasi kurang ka.
Ah Paht: Haaaa butut, butut itu altis. Mesti mahal maa, itu burung boleh pikat manyak bulung ma..Suara pon sedap apa. Gelenti bulung jantan tergoda maa..
Cipot: Itu bulung berapa harga pulak?
Ah Paht: Itu bulung harga dia RM1000. After diskaun gua bagi lu RM950. Apa macam boleh ka?
Cipot: fuyooo mahal lagi lah apek..Tak ada yang murah sikit ka. Kita kenal banyak lama ma..

Setelah dipertimbang, tawar menawar dan diperhatikan dengan teliti, Cipot terpikat dengan sekor burung nih sambil menunjuk kearah satu bahagian!

Cipot: Bos ini last ma..itu bulung belapa harga? Itu burung wa nampak senyap dari tadi. Kadang-kadang saja keluar bunyi.
Ah Paht: Ini bulung lu memang terkejut ma..Lagi mahal dari lain-lain bulung..Itu bulung harga dia RM5000 satu ekor.
Cipot: Apa macam lain-lain bulung suara sedap harga dia RM2000 sampai RM500. Itu bulung jarang-jarang bunyi harga dia RM5000. Ada musykil kat sini
Ah Paht: Mesti mahal maaa. Itu bulung KOMPOSER maa, kasi buat itu lagu. Mesti lagi mahal dari itu penyanyi. Kilija dia buat lagu saja itu pasat senyap dan harga dia pun mahal maaaa..
Cipot: haiyaaa apek. Lu banyak lawak ma selupa itu macam Devid Teo. Oklah apek kasi gua pikir dulu

Lalu si Cipot pon beredar dari kedai itu dengan tangan kosong dengan perasaan keciwa selepas diperkena oleh Ah Paht.
p/s: hanya lawak semata-mata. Kalau rasa ia lawak lah!!

Tuesday, February 1, 2011

Servis!!

Assalamualaikum....
Kali ni den ceghita pulok pasal servis.Apa yang nak diservis haaa!! yang itu kita kita tak tau.
Adakah nak servis kete, servis kudo, membalas servis badominton ataupon servis tax!!Kali ni den nak ceghita pasal tebiat mengservis telinga ataupon dalam bahasa melayu kuno ialah korek telinga.



uishhh kalau time korek telinga mesti feeling gilokan sampai berkodut-kodut muko koghang. Nih nak story sikit bahaya gejala mengorek nih. Time den kecik-kecik dulo, sekarang pon ado jugak kot kalau den tetibo jadi pokak ataupon deria pendengaran kurang maso omak den panggil,omak den pasti menarik telinga dio, oiitt silap mestilah telinga den takkan telingo mak den pulok, sambil beri nasihat "korek lah telingo akau tu!, dah berbuih mulot omak nih panggil akau, akau buek pokak yo". Akibat terbiasa mengorek telinga dari kecik, tebiat tu den masih praktikkan hingga kini dan semakin fofular di sekitar Amerika Tengah dan Kepulauan Solomon. T**i telinga hasil mixture of serumen+debu+kotoran+bulu telingo+lelemak yang terbahagi kepaa dua iaitu jenis soft atau hard yang bergantung pada faktor genetik.

Ni  nak story bahaya mengorek telingo yang konon atau sering dimomokan untuk tujuan pembersihan ataupon penyucian telingo. Alat yang sering digunakan untuk menjalankan misi nih selalunya putik kapas atau yang lebih xtream besi, pin, kunci moto atau uma ataupon pensil kawan-kawan. For informasi, bila kito korek je telingo, t**i telinga akan terjerumus ke dalam dan terbenam dalam telinga seterusnya menyumbat saluran telinga, Yang pengguna besi pulak boleh melukakan telinga dan menembusi gegendang telinga yang akan membentuk nanah di liang telinga dan belakang telinga. Nanah yang banyak menyebabkan telinga boleh pecah dan bocor. Bahaya oooo, boleh hilang telinga silap-silap Goblin lagi ensem dari kite nanti.




Oleh tu, tak usah rajin sangat bersih telinga tu, sebab lapisan kulit telinga ada mekanisme pembersih dan cecair di dalamnya boleh memerangkap debu, serangga. Tapi kalau sampai dah terhambur keluar tu, jangan buat-buat tak tau pulok, p lah cuci oghang pon tak berani nak dekat macam tu. Karang tersebar pulak kat baju ataupon penyakit telinga kaki dan mulut.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...