Bila Neuron berkembang

Banner created with MyBannerMaker.com

Teman Seperjuangan

Thursday, December 30, 2010

Arnab Comei & Moto Kapcai

Assalamualaikum..
Entry terakhir 2010 pada waktu yg sejuk ini ditemani bunyi moto mat rompit yg dok momokak dokat luar...Raso nak baling ngan helmet jek kat pala dieoghang...Angry nih! Tak pa tak nak cita pasal dieoghang, mungkin lpas jatuh, tak pon kena tngkap dek BON bukan Jebon baru dieoghang senyap...

Pesly nk cite pasal arnab yang den bg makan semalam..Punya lah cutey raso nak cucuk wat satay jek..Owner kpd  arnab tersebut ialah kwn to bapak den yang telah pergi bersiar2 meninggalkan 3 beradik arnab tersebut untuk dijaga sementara waktu... Memang syok layan arnab nih sampai kepala den dicium oleh sebatang kayu mampat sehingga benjol serope plowerhon dek kerana mengejar adik beradik tersebut sewaktu dilepaskan..Ciss madu diberi, racun dibalas nyer,, Ku sangka panas smpai petang ropenye salji turun tetiba (isshh xde kena-mengena pon..hahaa).Nak tengok adik beradik arnab tu kat bwah nih...check kit out

adik beradik arnab

cutey tak adik beradik arnab nih???sanggup tak buat berge ngan satay??

Kedualy, ni pulak pasal moto kapcai model Honda C70@moto kelasik milik kawan den baru dibeli bulan lepas. Nak kata kwn aku nih tua, tak leh tua tapi taste die tu lebih terjerumus kearah ketuaan.. minat dengan barang-barang klasik. Naseb baek awek die bukan dikalangan warga emas...Kalau tak mahu dijadikan bahan nih..Bayak gak lah duet dia abih kan tuk moto nih..Semalam sempat lah den bwak bersiar-siar moto nih kat town melaka, best lah pulak.. Ramai yang terpukau dengan den, moto kwan den dah raso mcm bwak Perari ngan Lambo lak...Kalau ade helmet Jermen lagi style baru rasa sikit spirit tu...Ni lah kenderaan 2 tayar tu...


macam ner ade sentimental value tak?? kalau nak satu cari kat Mudah.com

P/s: nak cari Mini Copper lama lepas nih, sapa nak tolak 2@3 posen?? terpengaruh ngan cite Im Not Single time Farid Kamil pakai..Mantep ooooo

Wednesday, December 29, 2010

"TanaH Tumpah DarahKu"

Assalamualaikum Bloggers

kasi naik ranking Malaysia...

Lihat tajuk kat atas ni jek pasti koghang dah tau pasti entry kali nih pasal bola punye...Tag line ni di gunapakai oleh NIKE  yg diambil dari petikan Lagu Negaraku..
Sebelum game mlm nih byk komen2 yg membina telah keluar dari peminat bola, telibisen dan di dada2 akhbar. Tapi berbeza kt negara jiran kita, mcm2 komen pelik, lawak sesengal ubi terhambur dari negara dieoghang. Ada yg kata Mahali dari negara dieoghang, Kuna player liga India smpai coach kita, Rajagobal pon dieoghang ckap dr India... Indon...Indon..Apalah yg koghang dengki sangat nih..
Malas lagi nak cite pasal dieoghang, skarang fokus pada Team Kita supaya dapat bwk balik Suzuki Cup utk penghuni Malaysia selepas kempunden edisi pertama dulu, kalau tak silap 1996 kelander masihi. Ayuh Malaysia gempur benteng Garuda malam nih kol 8mlm, tambah lagi sebijik kat sana bagi seksa cket kt depa tu.. Jom malam nih pekena Roti Teloq sekepin ngan teh tarik seglas kt mampley, tak pon kt uma pon boley masak nasi Goreng ngan teloq mata duk mengadap telibisen. Jangan lupa bwak vuvuzela kengkwan wat mcm dlm stadium...

P/s: kepada blogers melaka jom lpak kat Hang Tuah Mall kt Subaidah ka, Dawood ke..Tapi cepat sikit lah takut seat pnuh plak...hihiii, ayuh pakai baju kunin.

Tuesday, December 28, 2010

FEEL FREE TO FLY CONTEST : BARANGAN BODY SHOP UNTUK DIMENANGI


Ni ialah contest pertama yg den join rasa teruja ooo..Masa tengah bersiar-siar tadi tertarik lantas menarik perhatian den nak menyertai contest nih... Nak-nak pulak yang der berkaitan ngan terbang-terbang nih yg dianjurkan oleh  teman falihinjasmy..Gambar terbang-terbang nih memang bnyak dlm koleksi sebab kiteorg memang mempraktis atau mengamalkan dasar penerbangan dalam photography..
copat toman2 contest nih ade maso lagi 3ari laye...
due date: 31 Dec 2010

Terbang Berirama Berkumpulan

benda yg berlegar kat brain korg pasti "hadiah". Ni hadiah die, menarik wokkk....

1 x 1st Prize : Barangan THE BODY SHOP bernilai RM100.00

1 x 2nd Prize : Barangan THE BODY SHOP bernilai RM 60.00

1 x 3rd Prize : Barangan THE BODY SHOP bernilai RM 40.00

teman-teman yang den nk tag:


Monday, December 27, 2010

Kek Mano Lotak Helsinki?



Alkisah, ptg tu Si Ciput pulang dari Sekolah Kebangsaan Syed Alfred Alattas dengan muka masam mungkin disebabkan tertelan asam jawa (tamarind). Ibu nya yang sedang menonton Sinetron berasa curiga dgn tingkah laku ganjil anak nyer itu yg sblom nih pasti pulang dengan muka yang kelaparan sambil bertanya lauk apa yang ade kat dapur tu...
Dengan perasaan yg tak dpt dibendung lagi, si mrs.mama mengutarakan soklan.Beginilah perbualan dua  beranak ini:
Mrs.mama: Kenapa ngan ko ni Ciput?
Ciput: Ciput kena marah ngan Cikgu Maryiah Kary lah mak...ni yang Ciput sedih nih..
Mrs. mama: Kenapa pulak..Ko wat pe kat anak dara org nih..

Si Ciput nih memang expert tang mengorat ataupon mengayat gadis kat skolah dia tu walaupon masih kecik.. tak memadan! aishhh..Mungkin die silap menelah buku kot, terbaca buku "Cara-cara Berbicara Dengan Orang Yg Berbeza Jantina"  . Ada ke buku ni??

Ciput: Bukan lah mak.. ada ke patut beliau tanya, Helsinki lotak kek mano? masa dalam klas Kajian Tempatan tadi. mana lah Ciput tau. Ciput ckap sinki kat uma ciput tau lah...

lalo tanpa ragu-ragu dan kompident nyer mak der menjawab...

Mrs. mama: Laaa...cuba Ciput ingat kat mana Ciput letak Helsinki tu!
Ciput: Emmm...mak pon 2x5 aje...Finland lah mak, takkan nak simpan dalam peti besi pulak (ckp dalam hati)

Sunday, December 26, 2010

Melukis Yg Terlukis


Cuti-cuti semester kali nih byk aktiviti yang den dah lakukan dari wat part time, mengukur sempadan melaka, membantu orang tua dan warga warga tua, bersukan, berkaroke dan bermcm-mcm lagi lah. Tapi ada satu aktiviti nih dah bertaon den tak buat iaitu melukis. 
Nak dikatakan dulu cukup berminat ngan drawing klu stakat 20 helai drawing paper tu selamber jee hadap, penuh dengan org lidi. Abis dinding- dinding kat uma di wat mural ataupon grafiti sampai telinga pun dah semakin membesar mcm elepent dek kerana di tarik oleh mrs.mama. Nasib baek ada cat Nippon Paint atau San Cora yang boleh meyetelkan masalah tersebut..

Kat atas tu lukis itam putih ala ala 60an yg terhasil dari sekeping gamba time wat diploma dulu, cuma sikit jek yang berwarna maklonglah, maklumlah warna-warna nih ada fail cket.. Tak lah secantik dan se-expert pelukis professional, setakat untuk suka-suka jek and tangan pon dah tak bape nak bedung dah nih... Ada edit-edit sikit dari gambar yang ori kt bawah tu bagi nampak masyuuk cket..

So kalau yang ada yg sudi megomen, megutuk atau ingin memperli ataupon tunjuk ajar boleh lah merajinkan jari jemari anda. TQ and enjoy ur meal..

P/s: muka-muka yang macho2 and manis2 yg ade dlm gmba nih mungkin tak sma dengan dunia realiti ataupon scale nyer.. mintak maap lah bebanyak sebab saya pelukis beginner..


Saturday, December 25, 2010

Bosan Dalam Lif ?


Lif ataupon elevator menjadi pilihan untuk naik ke tempat lebih tinggi berbanding tangga. Tapi kalau tiap-tiap hari  naik lif , masuk keluar lif pon bosan jugak kan!!... Kali ini ya tuan2 dan puan2, kakanda disini meyediakan beberapa petua ataupon tip2 untuk mengatasi gejala bosan yang semakin menular  dan menjadi-jadik dikalangan pengguna lif tempatan...

  • Ketika anda sedang berdua-duaan dgn oghang yang tak dikenali..cuit bahunya!! Kemudian pura-pura pandang tempat lain.
  • Anda kutip dua posen seoghang dengan menyatakan pihak pengurusan telah mengenakan cas untuk setiap penggunaan lif. Biasalah di zaman serba membngun nih nak buang ayaq kecik pon kena cas.
  • Bawalah kamera dan ambil gambar semua yang ada dalam lif tersebut untuk tujuan kenang- kenangan ataupon koleksi anda.
  • Apabila pintu tertutup, buat pegumuman " bertenang , bertenang jangan panik kejap lagi dia bukak balik".
  • Yang ingin menjadi pramugara@ pramugari boleh mempraktikkan minat anda di dalam lif. Tunjukkan procedure keselamatan penerbangan seperti dalam kapal terbang sambil buat tarian Lady Gagal..
  • Diam dan jangan bergerak walaupun seinci di penjuru lif dengan muka menghadap dinding dan jangan sesekali keluar.
  • Buat bulatan disekeliling anda dengan kapur barus ehh kapur tulis lalu memberitahu " ini area saya jangan masuk".
  • Nyanyikan lagu2 patriotik sambil mengibar bendera dengan penuh perasaan kemudian tanya semua oghang disekeliling anda, " pitching saya okey tak?".
  • Letak satu beg plastik hitam di satu sudut kemudian jika ada oghang masuk tanya mereka adakah  mereka mendengar bunyik tittt....tittt...titttiitt..sambil membuat muka cemas.
  • Buat bunyi- bunyi pelik atau funny kat dalam lif sambil memandang orang lain..Kalau yg advance lg cuba lepaskan angin sepoi-sepoi bahasa di dalam lif semasa lif sedang meluncur naik atau turun sambil membuat muka curiga kat oghang sebelah.
  • Untuk menjadi front office,letak kan satu meja di dalam lif. Jika ada oghang masuk tanya mereka nak kemana?, kalau tak pon tanya mereka dah buat appoinment tuk jumpa bos anda?
  • Ajak rakan sekerja anda membuat meeting didalam lift dengan membawa masuk whiteboard, meja, kerusi, kalau tak pon wat sedikit jamuan ringan dalam lif.
K...enjoy ur meal
P/s: Jika anda tersangkut di dalam lif tekan butang kuning. Butang tu bukan tempat anda untuk menguji kelunakan suara!!
kalau nak tengok clip2 video lawak pasal lif tgk youtube: type Remi Gaillard...hahahhahaa tgk idea2 yang tak masuk akal!!!

Friday, December 24, 2010

Beranikah anda di Drive Thru??

Drive thru dibina tuk memudahkan dan mempercepatkan masa para pembeli atau peminat makanan segera atau lebih dikenali sbg "Fast Food". Tetapi ada segelintir yang cuba meyalahgunakan kemudahan tersebut..Disini ade beberapa tips2 untuk memporak perandakan keadaan di Drive Thru: 
  • Berhenti depan kaunter dan bila cashier tnya, cakap korang saja jek nak window shopin. Then jgn lupa lemparkan senyuman manis sebelom beredar...
  • Khas tuk oghang laki: Kalo cashier tu pompuan  dan dia bagi senyuman, dengan beraninya anda minta no phone dan ngan akaun pacebok skali, tetapi kalo yg terpacak kat depan tu laki2, jerit sekuat hati kononnya dia tak tau malu nak mintak kontek nombor korang. kalau Devil sangat jerit ada budak gay mintak no....
  • Kalau anda ada jemputan kawin tetapi tak tau jalan ke situ atau keta anda takder pasang GPS, just pergi jek kt drive thru dan tunjuk kad jemputan anda dan tanya arah nak pergi ke lokasi kejadian.
  • Untuk oghang yg berprofesyen salesman plak, masa cashier tu tanya apa order ko oghang, dengan pantas tunjukkan dan jual barang2 jualan ko oghang plak. terutamanya bila sale anda tak berapa memberangsangkan atau senang cite anda sorg salesman yg terdesak.
  • Buat-buat anda di kedai mampley order "nasi kandaq, nasi berani kuah campor, sayoq letak asing, kari nak yg ikan, sambal letak cket and papadom kasi lebih". Lebih afdal anda buat list order untuk satu pejabat bagi jek kat cashier tu.
  • Sejurus anda mendapat order, kura-kura pura-pura keta anda tak buleh nak stat.Bila kereta anda dialihkan oleh kengkawan nyer, ucapkan terima kasih dan berlalo pergi  dengan selamba nya. Paling tidak pon cakap brader blkang tolong byarkan
P/s: semua diatas hanya lawak semata-mata. Paling tidak pon hanya mereka yg macho and bermuka tebal tahap tembok besar china aje yang buleh try this at home. Adakah anda macho?
Cashier2 sedunia jgn mrah na..bak kata pepatah "customer always right"

Thursday, December 23, 2010

Ragam Budak PMR..


assalamualaikum....

For 2nd entry nak cite plak tentang ragam2 student yg ambil result PMR pg td.. mcm biasa tahun nih majoriti peratus subjek2 meningkat dan terbaek dalam 4tahun.  Nih nak story sikit ragam yang den jumpa pagi tadi kat satu skol nih.

Den ada pegi kt satu skolah nih rmai jugak lah student2 yg tgh tggu result dieorg kt astaka and kantin skolah tengah tunggu pengetua dieorang pulang membawa keputusan PMR...Den tgk punya lah seronok dieorg duk borak mungkin cite pasal aktiviti time cuti kot xpon duk gosip2 pasal kwn2 dieorg.. Den terpandang satu group nih punya lah seronok duk cerita smpai begegaqlah skolah tu...tak pa,tak pa seronok dulu...

Dalam kol 11, pengetua yg disayangi pulang dr jabatan pelajaran. Dengan perasaan yang berdereba2, oppss berdebar2 dieorg start beratur. Berapa minit kemudian, kluaq  sorang2 dengan bermcm mcm ragam, ade yang  menjerit, melaung, menangis, melompat suma ada...Tengok pon nak ketawa...Time duk bejln2 tu, terpndang sorg budak nih tgh ckp ngan kwn dia.."mati lah akuuuu"...ahhahahh...sb pa nak mati xtau lah, mungkin blk nih pak dia duk tggu kt pintu ngan muka tersenyum smbil memegang sejenis kayu....ada yg kluaq ckp " perghh terer gak ak kumpul byk E's", siap leh compete lg tgk sapa kumpul byk "E" bkn nyer byk "A"...lawak, lawak..

K lah, smpai sini ja cita ragam PMR tahun 2010...yang penuh dramatis nih.. Untuk yg berjaya "Good Luck" dan yg tak bape nk bejaya tu cuba lagi SPM lagi 2 tahun...Enjoy ur meal!!!

Tuesday, December 21, 2010

Revolusi Animasi


kampung boy, usop sontorian, keluang man, silat legenda,  upin ipin dan byk lg adalah animasi keluaran anak tempatan...

Animasi malaysia semakin berkembang sehingga benua org puteh dan negara2 diseberang laut yg lain.
Contohnya kampung boy pames kt us, filipin, canada n jermen...la nih plak animasi upin & ipin menjadi terkenal di indonesia n negara2 ASEAN lain...

Kt malaysia UPIN & IPIN keluaran Les Copaque nih dah mcm vvip kat budak2. Bkn bdak2 jek, aku pon minat gak...layannnn. Kta dpt tgk dari beg skolah, kotak pensel, baju, buku n mcm2 lg lah, klu xcaya p kt mana2 soping2, uptown, kedai buku, mamak roti, kedai makan..kompom  ada kira bleh wt bisneslah. Org kata mcm fenomena@trend masa kini lah, klu xde mcm ketinggalan zaman..hahaa

Sbg malaysian, org jawa ckp "PROUD" ngan hasil2 animasi zaman la nih. Tak lama lg walt disney,pixar animation comform susah nk cari market kt cni... Klu korang nk tgk animasi2 kt malysia nih leh tgk jek kt Youtube, Tv9 xpon kt tonton...hahaha promote cket
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...