Bila Neuron berkembang

Banner created with MyBannerMaker.com

Teman Seperjuangan

Sunday, May 29, 2011

Awas Bir tak halal!!

Assalamualaikum..

bir ni ke??

Awas bir tak halal!!.Apa tak halal air tu, den dah tolan air tu dekat 50 liter dah?? Mungkin ayat tu yang akan terpancut keluar dari mulot angpa suma bila dapat tahu air ni tak halal. Mungkin angpa pernah minum, terminum, tershare ngan kawan2 atau ada hajat nak minum air ni esok ke, minggu depan ke. Boleh hentikan niat anda. Den pon ado niat nak beli air ni sebab nampak sedap je dieoghang minum tapi tak pernah tercapai. 

Ok, sebenornya terdapat pelbagai perisa air ni seperti resberi, peach, pineapple, apple, malt, stroberi. Selepas diuji kandungan alkohol dalam air ini, terdapat 0.5% kandungan alkohol lebih tinggi dari sepatutnya 0.1% yang dibenarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Ini selepas mengambil kira kewujudan alkohol di dalam makanan dan minuman secara semulajadi.


Haa, nampak sedapkan je kan, siap lotak ais lg! Tapi ingat halal haram sikit sebelum nak tolan mana-mana air tu. Jangan pakai tolan je, jadi darah daging kita tu walaupun kandungan alkohol tu sikit. Oleh tu berjaga-jaga sebab benda-benda tu kita tak nampak dengan mata kasar, dah minum baru rasa. K, tu saja yang den nak share dekat entri kali ni. alright

p/s: den ado nampak minuman nih ada dijual dokat kawasan mesjid, tapi lepas hebahan kat media takda lagi hendaknya.....

Saturday, May 28, 2011

Barcelona vs ManU: Antara 2 Darjat!!

assalamualaikum.....

Pertembungan 2 gergasi bola sepak di Stadium Wembley awal pagi ini antara Barcelona vs ManU, Ferguson vs Pep Guardiola, Messi dan Ronaldo bakal memanaskan arena sukan. Pertemuan kali ini mengulangi pertemuan Liga Juara 2009 yang berpihak kepada Barcelona dan pertemuan kali ini merupakan time pembalasan pihak ManU.Mampu ke ManU???

Sebagai Penyokong Barca, den berharap Barca yang menang lah malam nih..hheeee, K, sama-sama kita berhimpun kat kedai mamak atau kt mana-mana skrin2 besar sambil menolan sekeping roti Telo dan segelas Teh tarik untuk first half. Lagi half order makan laen pulok...hahaaa

harap-harap The Catalan berjaya bawak balik piala ke Spain untuk kali ke-4..

Gambate BARCA a.k.a The Catalan

Tuesday, May 24, 2011

Indah tapi Bahaya!!

assalammualaikum....
Dunia semakin tua!!!Semakin banyak bencana berlaku disebabkan oleh manusia. Contohnya Malaysia, kejadian tanah runtuh di Hulu Langat yg mengorban anak-anak yatim di madrasah tersebut semasa membuat persediaan menyambut tetamu ke madrasah tersebut. Al-fatihah untuk mangsa-mangsa. Yang terbaru letusan volcano dokat Tanah Ais a.k.a Iceland yang menyobabkan beberapo airport terpaksa ditutup seperti kejadian letusan volcano yang berlaku tahun lopeh..

Tapi Entri kali ni den nak cito pasal keindahan alam ciptaan Allah tapi berbahaya untuk didekati kerana suhunya mencecah 1000C. Ada sorang manusia nih bernama Skarphedinn Thrainsson,39 dengan beraninya menikmati kehotan, kebingitan, bau dan percikan api gunung berapi tersebut. Dia mula memogang kamera DSLR pertamanya sejak tahun 2007 dan mula berjinak2 ngan gunung berapi sejak time tu. Dekat bawah nih den ado lotak beberapo gamba yang di dapat soot...Samo2 lah kito saksikan










Cantik tak gambar-gambar nih dan berani tak manusio nih?? Kalau geng-geng blogers nak raso boleh ambil package perlancongan 3H2M ke Tanah Ais dan Ireland. :)

Monday, May 9, 2011

Menikmati Dunia Baru!!


assalamualaikum bloggers..
Harap-harap geng2 bloger sihat hendaknya, dah macam taip surat cinta pulak. Kini den kembali dengan entri baru, setelah lama menyepi di angin lalu. Rasa kekok pulak menaip entri, al maklong lah sebelum nih asyik buat menaip assignment and final project..
Den nak trus jump to the point lah, sebenornya entri nih nk syer mengenai pengalaman hari pertama di tempat prktikal, bukan malam pertama yek...baca botul2..hahaaa. 9 Mei 2011 hari pertama den dekat tempat prktikal iaitu di PKNM(Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka), bukan PKNM,Parti Komunis Malaya dalam buku teks sejarah form3 yang diketuai oleh ChinPeng tu. 
Hari pertama den kat sini, biasa lah icebraking sikit-sikit dengan staf dan intro pasal syarikat nih. Memang terbaek lah staf kat sini, tak sombong kira boleh ajak bual-bual siap boleh gosip lagi ngan makcik kerani. Disebabkan tak ada supervisor yg incharge time den daftar masuk arini, den pon wat lah kerja sendiri a.k.a termonung dari pagi sampai petang. Paneh gak lah pungkok duk atas kerusi satu hari sambil kira berapa orang lalu depan meja arini..haha
Ok lah, sampai sini jek nak sharing2 experience kat kwn2 blogers yang blom praktikal lg tu. Harap lepas nih korang jangan percaya or taksub sangat kisah dongeng kena buli ngan geng2 staf mcm kena susun fail, bancuh kopi, photostat jd makcik cleaner sampingan..hahaaa.
Dats all untuk permulaan selepas lama bercuti dari buat entri..

P/s: tunggu naseb hari esok, apo lah kena buek..jgn kena photostat sudah..hihiii

Sunday, February 6, 2011

Pertandingan: Apa Itu Kitar Semula?

Assalamualaikum
Salam setia kepada sahabat blogger. Sebelum den menyepikan diri semula untuk bertapa di Gunung Semanggol untuk bermeditasi. Den nak menyertai contest@pertandingan anjuran belia gedungrasa. Kontest ni untuk kita mengenali dan menghargai alam sekitar untuk diwariskan kepada generasi akan datang. Dah macam menulis komsas bahasa melayu pulak ayat nih! Setelah berhari-hari mencari idea akhirnya terhasil lah ia..



Ok kite seteright to the point lah. Untuk pengetahuan semua pembloggers. Alam sekitar teramatlah penting untuk dipelihara supaya tidak berlakunya kesan "Rumah Hijau" atau "Global Warming" akibat pelepasan gas Karbon Dioksida kelapisan ozon. Oleh itu, amat penting kita sebagai makhluk yang berakal dan sihat mentalnya memelihara alam sekitar dan sebagai contohnya mengamalkan tabiat "Kitar Semula"dengan mengamalkan konsep 3R "Recycle,Reuse, Reduce".

Kitar semula didefinasikan sebagai amalan menguna pakai semula bahan-bahan yang boleh diguna pakai seperti kertas, plastik, pakaian, tin aluminium dan banyak lagi.  Bahan-bahan tersebut boleh dikitar semula untuk mengurangkan penggunaan bahan mentah, tenaga kerja, pencemaran dan penambahan sisa pepejal di tapak pelupusan sampah.


Sanitary Landfill, Seelong Johor

Menurut kajian pada tahun 2005, 18000tan sampah dalam sehari mampu memenuhi KLCC dalam masa 8hari sahaja. Gambar diatas ialah tapak pelupusan sampah di Johor dekat dengan kawasan kampung Mawi, Felda Taib Andak, artis AF tu.. Tapi jangan risau kampung dia tak ada bau sampah sebab kawasan itu telah dirancang pembinaannya untuk mengelak konflik pada masa hadapan. Ini kerana untuk membina kawasan ini perlu disediakan "Buffer Zone" dimana sekeliling tapak ni ditanam pokok-pokok untuk mengurangkan tiupan angin yang berbau harum, penyemburan "deodorant" mengurangkan pembiakan vektor dan bau dan rawatan ayaq "leachate" yang berwarna hitam pekat seperti kopi kaww!. Nak tahu apa tu ayaq leachate?


Raw Leachate dari Tapak pelupusan

Kalau perasan atau pernah mengalami pengalaman mengasyikan ketika ikut belakang lori Alam Flora, SWM koghang perasan tak air yang meleleh baik punya dari lori tu. Tu lah air dia, peghhh kalu jatuh atas jalan sikit punya harum bau dia. Tapi jangan salahkan dieoghang 100% sebab tumpahkan air tu atas jalan, itu semua sikap kita yang kurang cekap dalam pengurusan sisa sehingga terhasil air harum tu. Untuk pengetahuan koghang negara kita antara penghasil air leachate yang tinggi disebabkan faktor iklim dan sikap pengurusan kita. Oleh itu, mereka perlu treat air tu sebelum discharge ke sungai agar mencapai standard B. Menggunakan 2 kaedah iaitu konvensional dan Reverse Osmosis (DTRO)

kolam air yang telah dirawat sebelum discharge. Nampak jek hitam lagi tapi jangan risau.OK! (kaedah konvensional)

leachate telah dirawat mencapai Stndard A (kaedah DTRO)

Untuk mengatasi masalah-masalah tersebut kita haruslah memupuk tabiat kitar semula tak kira lah di sekolah,rumah, institut pengajian ataupun di temapt kerja untuk mengatasi masalah tersebut. Antara amalan yang boleh diamalkan seperti:
  • Menggunakan beg kain ataupun bakul sewaktu pergi pasar tani,pasar malam Mydin, Giant, Tesco dsb.
  • Kurangkan penggunaan polistrin, plastik dalam pembungkusan, gantikan dengan beg atau pembalut kertas.
  • Gunakan troli supaya senang angkut barang-barang terus ke kenderaan. Tak perlu guna plastik!
  • Sokong inisiatif sopin2 guna beg plastik leh kitar semula seperti mydin, tesco or giant.
  • Kalau kertas leh guna lagi pakai untuk buat contiang2, drafting papar dsb.
  • Tanam minat kitar semula sebab benda2 ni boleh buat duit, pergi jek mana-mana recycle centre. Anda mesti minat dengan duitkan?
  • Yang paling penting!! Jgn pandang lekeh dekat brader2 yang bergayut kt belakng lori tu sebab dieoghang lagi pandai cari duit dengan barang-barang kitar semula dan uncle@pakcik2 yang selalu korek tong sampah tu. Sebab kerja tu lagi mulia dari pergi menyamun dan meragut.
  • Buang perasaan yang tak boleh di kitar semula tu, iaitu "perasaan malu" pedulikan apa oghang nak kata sebab kita tengah buat keja baik
Ok sampai disini sahaja info-info yang ingin dikongsi dan boleh diamalkan oleh kita untuk pulihara alam sekitar supaya kita boleh hidup dengan sihat dan tersenyum :) bukan menangis :,( . Selamat mencuba dan selamat beramal!!

p/s: join pertandingan dulu sebelum menyepi buat seketika!!Sebab nak balik rumah kedua!! Gud Bey Bloggers!! 



  

Thursday, February 3, 2011

Burung ape??

Assalamualaikum


dedicated to Mr. Google

Salam terhormat kepada semua bloggers. Hari ini dan ketika ini den ada satu ceghito nak kata lawak, tak tau leq lawak atau tidak. Nak kato berunsur tuttt  bergantung kepada pendapat dan caro pemikiran individu. Ini kisahnya yang diceghitokan dari sahabat den kepada den malam semalam sewaktu duk sembang kat kedai kopi mcm oghang2 zaman retro sambil dengar artis yang perasan AF berkarok. Mari kita baco, kalau adalah yang sanggup teruskan pembacaan ni..Al-kisahnya begini.................

Once upon a time, seoghang peminat burung telah pergi ke sebuah kedai burung yang bernama Ah Paht's Bird Store.Begini perbualannya:
Cipot: Alo apek mau kasi tanya sini burung arr, mana paling sedap suara dia. Saya mau buat tuk pikat bulung lah!
Ah Paht: Oooo..mau kasi cari itu bulung suara sedap mcm itu Siti ka!! Sini macam-macam ada maa. Kasi tengok dulo..Lai,lai.

Setelah diimbas dan diteliti dengan penuh khusyuk dan tekun nya..

Cipot: Apek wa banyak minat ini bulung lar..berapa harga?
Ah Paht: Ini bulung RM1500.Apa tunggu lagi kasi angkat sikalang..Ini bulung suara mcm itu altis Superman!apa nama?
Cipot: Oooo..Faizal Tahir...Haiiyaaa apek  manyak mahal lah...tak boleh kasi kurang ka.
Ah Paht: Haaaa butut, butut itu altis. Mesti mahal maa, itu burung boleh pikat manyak bulung ma..Suara pon sedap apa. Gelenti bulung jantan tergoda maa..
Cipot: Itu bulung berapa harga pulak?
Ah Paht: Itu bulung harga dia RM1000. After diskaun gua bagi lu RM950. Apa macam boleh ka?
Cipot: fuyooo mahal lagi lah apek..Tak ada yang murah sikit ka. Kita kenal banyak lama ma..

Setelah dipertimbang, tawar menawar dan diperhatikan dengan teliti, Cipot terpikat dengan sekor burung nih sambil menunjuk kearah satu bahagian!

Cipot: Bos ini last ma..itu bulung belapa harga? Itu burung wa nampak senyap dari tadi. Kadang-kadang saja keluar bunyi.
Ah Paht: Ini bulung lu memang terkejut ma..Lagi mahal dari lain-lain bulung..Itu bulung harga dia RM5000 satu ekor.
Cipot: Apa macam lain-lain bulung suara sedap harga dia RM2000 sampai RM500. Itu bulung jarang-jarang bunyi harga dia RM5000. Ada musykil kat sini
Ah Paht: Mesti mahal maaa. Itu bulung KOMPOSER maa, kasi buat itu lagu. Mesti lagi mahal dari itu penyanyi. Kilija dia buat lagu saja itu pasat senyap dan harga dia pun mahal maaaa..
Cipot: haiyaaa apek. Lu banyak lawak ma selupa itu macam Devid Teo. Oklah apek kasi gua pikir dulu

Lalu si Cipot pon beredar dari kedai itu dengan tangan kosong dengan perasaan keciwa selepas diperkena oleh Ah Paht.
p/s: hanya lawak semata-mata. Kalau rasa ia lawak lah!!

Tuesday, February 1, 2011

Servis!!

Assalamualaikum....
Kali ni den ceghita pulok pasal servis.Apa yang nak diservis haaa!! yang itu kita kita tak tau.
Adakah nak servis kete, servis kudo, membalas servis badominton ataupon servis tax!!Kali ni den nak ceghita pasal tebiat mengservis telinga ataupon dalam bahasa melayu kuno ialah korek telinga.



uishhh kalau time korek telinga mesti feeling gilokan sampai berkodut-kodut muko koghang. Nih nak story sikit bahaya gejala mengorek nih. Time den kecik-kecik dulo, sekarang pon ado jugak kot kalau den tetibo jadi pokak ataupon deria pendengaran kurang maso omak den panggil,omak den pasti menarik telinga dio, oiitt silap mestilah telinga den takkan telingo mak den pulok, sambil beri nasihat "korek lah telingo akau tu!, dah berbuih mulot omak nih panggil akau, akau buek pokak yo". Akibat terbiasa mengorek telinga dari kecik, tebiat tu den masih praktikkan hingga kini dan semakin fofular di sekitar Amerika Tengah dan Kepulauan Solomon. T**i telinga hasil mixture of serumen+debu+kotoran+bulu telingo+lelemak yang terbahagi kepaa dua iaitu jenis soft atau hard yang bergantung pada faktor genetik.

Ni  nak story bahaya mengorek telingo yang konon atau sering dimomokan untuk tujuan pembersihan ataupon penyucian telingo. Alat yang sering digunakan untuk menjalankan misi nih selalunya putik kapas atau yang lebih xtream besi, pin, kunci moto atau uma ataupon pensil kawan-kawan. For informasi, bila kito korek je telingo, t**i telinga akan terjerumus ke dalam dan terbenam dalam telinga seterusnya menyumbat saluran telinga, Yang pengguna besi pulak boleh melukakan telinga dan menembusi gegendang telinga yang akan membentuk nanah di liang telinga dan belakang telinga. Nanah yang banyak menyebabkan telinga boleh pecah dan bocor. Bahaya oooo, boleh hilang telinga silap-silap Goblin lagi ensem dari kite nanti.




Oleh tu, tak usah rajin sangat bersih telinga tu, sebab lapisan kulit telinga ada mekanisme pembersih dan cecair di dalamnya boleh memerangkap debu, serangga. Tapi kalau sampai dah terhambur keluar tu, jangan buat-buat tak tau pulok, p lah cuci oghang pon tak berani nak dekat macam tu. Karang tersebar pulak kat baju ataupon penyakit telinga kaki dan mulut.


Monday, January 31, 2011

Le Tour de Langkawi: Melaka-Nilai


Assalamualaikum...
Kali ni den nak cerito pulak pasal lumba beskal stage 9 dari Melaka- Nilai. Pagi tadi lebih kurang pukul 11den sompat tengok dieoghang  berkumpul di Hang Tuah Mall dimana tempat dieoghang bermula. Walaupun hujan renyai-renyai, tapi ramai oghang jugak yang tengok dan macam-macam aktiviti diadakan seperti persembahan dari kanak-kanak tadika, sekolah rendah, perarakan beca dan beskal lama dengan oghang pakai baju-baju era 50an ada ala-ala zaman perang pun ada jugak.
Ketua Menteri Melaka telah melepaskan pelumba-pelumba  untuk memulakan jelajahan sejauh 151.7km tapi dengar dalam berita tadi dipendekan jarak perlumbaan kepada 121km disebabkan banjir di kawasan Negeri Sembilan. Esok stage terakhir dari Uitm Shah Alam ke Dataran Merdeka yang bermula pada pukul 1 tengah hari. Nasib baik dah balik kampung, kalau tak dah p tengok kat Uitm esok..rugi...rugi.. 
Ni ada sikit gambar-gambar di lokasi kejadian dan dipinjam dari link ni LTDLdan boleh klik link nih untuk detail dan gambau-gambau yang lebih menarik..Pakat-pakat tengok lah...





  



Saturday, January 29, 2011

Cuti Lagi-Lagi..


Assalamualaikum...
Hai geng-geng blogger..cuti dah bermula kembali. Den pun sudah lama tak buat entri and now time for reveal my right brain dan berblog walking sepuas puas nyer...
Selepas disimbahi hujan berdekatan senawang dan ditiup angin sempoi-sempoi bahasa, akhirnya sampai jugak Melaka dengan menaiki motosikal bukan nyer keretapi (seperti gambar di atas). Cuti-cuti ni banyak xtiviti nak dilakukan nak berfoya-foya tak tau nak kemana, p tengok kawan-kawan kawin aku jek yang tak tau bila nak kawin, nak join contest gedung rasa tapi tengah cari idea, nak p raya uma kawan-kawan cina nak tunjuk 1Malaysia, nak wat final projek and assignment rasa nak pitam dan macam-macam lagi lah...
Ok geng-geng blogger, itu saja santapan otak di awal-awalan cuti nih, Selamat Bercuti dan penuhi masa cuti dengan pelbagai aktiviti yang terbaaeek..
K..Chow sin chii dan Tahun Baru Cina untuk kawan-kawan Chinese...

p/s: nak berBW time..


Saturday, January 1, 2011

Entri Baru DiTahun Baru..

Assalamualaikum



Selamat Tahun Baru 2011 diucapkan kepada rakyat jelata..Wahh dah macam Raja Chulalongkorn. Sempena tahun baru pelbagai aktiviti diadakan dari bunga api, show, bunyi ekzos buluh yg mcm tuttt, polis wat roadblock, adengan kejar mengejar dan mcm2 lagi..Tarikh 1.1.11 juga menjadi pilihan pengatin baru dan kelahiran orang baru dan suma lah baru-baru.

tahun ni merupakan final year den sbg student kalau panjang umo dan tak repeat lah. Adus bercinta nak balik Shah Alam. Start 3hb ni, dari budak tadika sampai universiti akan mula sesi persekolahan. Wahai murid-murid sekalian kemas beg sekolah anda yek. Time nih lah nak tengok budak2 nangis mintak bonda tggu tepi tingkap dan ade yang bawak botol susu letak atas meja dengan muka kerek.. Dan lepas nih jugak blog den akan terpendam buat seketika akibat kesibukan, takde mase nak mengupdate kan aktivti harian. Jangan menangis dengan pemergian ku..(ade ke??)

Sempena tahun baru nih den pun ade sepatah dua azam, sama macam beliau suma! Contohnye, for sure lah nk pointer tahun nih maintain supaya loan dpt diskaun, yelah nak simpan duet tuk kawin pulak..hahaaa. Haa, tak lupe gak nak cari calon lah skali tuk preparation 12.12.12..Sapa nak?Cehh badjet merket lah konon!! nak plan beli beskal, dan byk lagi lah.

So, apa azam, impian or angan-angan Mat Jenin ko oghang? Kalau sudi meh syer2 sikit...mana tau leh pinjam angan-angan tu untuk tahun depan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...