Bila Neuron berkembang

Banner created with MyBannerMaker.com

Teman Seperjuangan

Sunday, February 6, 2011

Pertandingan: Apa Itu Kitar Semula?

Assalamualaikum
Salam setia kepada sahabat blogger. Sebelum den menyepikan diri semula untuk bertapa di Gunung Semanggol untuk bermeditasi. Den nak menyertai contest@pertandingan anjuran belia gedungrasa. Kontest ni untuk kita mengenali dan menghargai alam sekitar untuk diwariskan kepada generasi akan datang. Dah macam menulis komsas bahasa melayu pulak ayat nih! Setelah berhari-hari mencari idea akhirnya terhasil lah ia..



Ok kite seteright to the point lah. Untuk pengetahuan semua pembloggers. Alam sekitar teramatlah penting untuk dipelihara supaya tidak berlakunya kesan "Rumah Hijau" atau "Global Warming" akibat pelepasan gas Karbon Dioksida kelapisan ozon. Oleh itu, amat penting kita sebagai makhluk yang berakal dan sihat mentalnya memelihara alam sekitar dan sebagai contohnya mengamalkan tabiat "Kitar Semula"dengan mengamalkan konsep 3R "Recycle,Reuse, Reduce".

Kitar semula didefinasikan sebagai amalan menguna pakai semula bahan-bahan yang boleh diguna pakai seperti kertas, plastik, pakaian, tin aluminium dan banyak lagi.  Bahan-bahan tersebut boleh dikitar semula untuk mengurangkan penggunaan bahan mentah, tenaga kerja, pencemaran dan penambahan sisa pepejal di tapak pelupusan sampah.


Sanitary Landfill, Seelong Johor

Menurut kajian pada tahun 2005, 18000tan sampah dalam sehari mampu memenuhi KLCC dalam masa 8hari sahaja. Gambar diatas ialah tapak pelupusan sampah di Johor dekat dengan kawasan kampung Mawi, Felda Taib Andak, artis AF tu.. Tapi jangan risau kampung dia tak ada bau sampah sebab kawasan itu telah dirancang pembinaannya untuk mengelak konflik pada masa hadapan. Ini kerana untuk membina kawasan ini perlu disediakan "Buffer Zone" dimana sekeliling tapak ni ditanam pokok-pokok untuk mengurangkan tiupan angin yang berbau harum, penyemburan "deodorant" mengurangkan pembiakan vektor dan bau dan rawatan ayaq "leachate" yang berwarna hitam pekat seperti kopi kaww!. Nak tahu apa tu ayaq leachate?


Raw Leachate dari Tapak pelupusan

Kalau perasan atau pernah mengalami pengalaman mengasyikan ketika ikut belakang lori Alam Flora, SWM koghang perasan tak air yang meleleh baik punya dari lori tu. Tu lah air dia, peghhh kalu jatuh atas jalan sikit punya harum bau dia. Tapi jangan salahkan dieoghang 100% sebab tumpahkan air tu atas jalan, itu semua sikap kita yang kurang cekap dalam pengurusan sisa sehingga terhasil air harum tu. Untuk pengetahuan koghang negara kita antara penghasil air leachate yang tinggi disebabkan faktor iklim dan sikap pengurusan kita. Oleh itu, mereka perlu treat air tu sebelum discharge ke sungai agar mencapai standard B. Menggunakan 2 kaedah iaitu konvensional dan Reverse Osmosis (DTRO)

kolam air yang telah dirawat sebelum discharge. Nampak jek hitam lagi tapi jangan risau.OK! (kaedah konvensional)

leachate telah dirawat mencapai Stndard A (kaedah DTRO)

Untuk mengatasi masalah-masalah tersebut kita haruslah memupuk tabiat kitar semula tak kira lah di sekolah,rumah, institut pengajian ataupun di temapt kerja untuk mengatasi masalah tersebut. Antara amalan yang boleh diamalkan seperti:
  • Menggunakan beg kain ataupun bakul sewaktu pergi pasar tani,pasar malam Mydin, Giant, Tesco dsb.
  • Kurangkan penggunaan polistrin, plastik dalam pembungkusan, gantikan dengan beg atau pembalut kertas.
  • Gunakan troli supaya senang angkut barang-barang terus ke kenderaan. Tak perlu guna plastik!
  • Sokong inisiatif sopin2 guna beg plastik leh kitar semula seperti mydin, tesco or giant.
  • Kalau kertas leh guna lagi pakai untuk buat contiang2, drafting papar dsb.
  • Tanam minat kitar semula sebab benda2 ni boleh buat duit, pergi jek mana-mana recycle centre. Anda mesti minat dengan duitkan?
  • Yang paling penting!! Jgn pandang lekeh dekat brader2 yang bergayut kt belakng lori tu sebab dieoghang lagi pandai cari duit dengan barang-barang kitar semula dan uncle@pakcik2 yang selalu korek tong sampah tu. Sebab kerja tu lagi mulia dari pergi menyamun dan meragut.
  • Buang perasaan yang tak boleh di kitar semula tu, iaitu "perasaan malu" pedulikan apa oghang nak kata sebab kita tengah buat keja baik
Ok sampai disini sahaja info-info yang ingin dikongsi dan boleh diamalkan oleh kita untuk pulihara alam sekitar supaya kita boleh hidup dengan sihat dan tersenyum :) bukan menangis :,( . Selamat mencuba dan selamat beramal!!

p/s: join pertandingan dulu sebelum menyepi buat seketika!!Sebab nak balik rumah kedua!! Gud Bey Bloggers!! 



  

3 comments:

  1. stuju dgn kamu....kite haros mencintai alam sekitar kite...kalo x kite...sape lg????
    lg pon korg sume taw skunk nni ngah kcoh psl global warming....so...xghreti-ghreti....
    mcm UTP,dorg xgne polistrin utk mmbungkus mknn..dorg gne bekas yg dibuat dr kertas waktu kempen UTP go green ritu...
    i think, every food stall shud follow what UTP has been doin...

    ReplyDelete
  2. bgus cam 2...xbyk stall yg wat cam tu n lg satu dpt cut cost kt situ..klu boleh galakkan bwk tupperware tp benda nih kene wt pelahan

    Shout for "Green Enviro"

    ReplyDelete
  3. dah nak tutup. tunggu pemenang nanti. haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...