Bila Neuron berkembang

Banner created with MyBannerMaker.com

Teman Seperjuangan

Saturday, December 25, 2010

Bosan Dalam Lif ?


Lif ataupon elevator menjadi pilihan untuk naik ke tempat lebih tinggi berbanding tangga. Tapi kalau tiap-tiap hari  naik lif , masuk keluar lif pon bosan jugak kan!!... Kali ini ya tuan2 dan puan2, kakanda disini meyediakan beberapa petua ataupon tip2 untuk mengatasi gejala bosan yang semakin menular  dan menjadi-jadik dikalangan pengguna lif tempatan...

  • Ketika anda sedang berdua-duaan dgn oghang yang tak dikenali..cuit bahunya!! Kemudian pura-pura pandang tempat lain.
  • Anda kutip dua posen seoghang dengan menyatakan pihak pengurusan telah mengenakan cas untuk setiap penggunaan lif. Biasalah di zaman serba membngun nih nak buang ayaq kecik pon kena cas.
  • Bawalah kamera dan ambil gambar semua yang ada dalam lif tersebut untuk tujuan kenang- kenangan ataupon koleksi anda.
  • Apabila pintu tertutup, buat pegumuman " bertenang , bertenang jangan panik kejap lagi dia bukak balik".
  • Yang ingin menjadi pramugara@ pramugari boleh mempraktikkan minat anda di dalam lif. Tunjukkan procedure keselamatan penerbangan seperti dalam kapal terbang sambil buat tarian Lady Gagal..
  • Diam dan jangan bergerak walaupun seinci di penjuru lif dengan muka menghadap dinding dan jangan sesekali keluar.
  • Buat bulatan disekeliling anda dengan kapur barus ehh kapur tulis lalu memberitahu " ini area saya jangan masuk".
  • Nyanyikan lagu2 patriotik sambil mengibar bendera dengan penuh perasaan kemudian tanya semua oghang disekeliling anda, " pitching saya okey tak?".
  • Letak satu beg plastik hitam di satu sudut kemudian jika ada oghang masuk tanya mereka adakah  mereka mendengar bunyik tittt....tittt...titttiitt..sambil membuat muka cemas.
  • Buat bunyi- bunyi pelik atau funny kat dalam lif sambil memandang orang lain..Kalau yg advance lg cuba lepaskan angin sepoi-sepoi bahasa di dalam lif semasa lif sedang meluncur naik atau turun sambil membuat muka curiga kat oghang sebelah.
  • Untuk menjadi front office,letak kan satu meja di dalam lif. Jika ada oghang masuk tanya mereka nak kemana?, kalau tak pon tanya mereka dah buat appoinment tuk jumpa bos anda?
  • Ajak rakan sekerja anda membuat meeting didalam lift dengan membawa masuk whiteboard, meja, kerusi, kalau tak pon wat sedikit jamuan ringan dalam lif.
K...enjoy ur meal
P/s: Jika anda tersangkut di dalam lif tekan butang kuning. Butang tu bukan tempat anda untuk menguji kelunakan suara!!
kalau nak tengok clip2 video lawak pasal lif tgk youtube: type Remi Gaillard...hahahhahaa tgk idea2 yang tak masuk akal!!!

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...